Kehidupan ini adalah suatu realiti dan bukannya fantasi yang segalanya berjalan mengikut rentak dan kehendak kita. Selalunya kita sebagai manusia menginginkan segalanya indah dan bahagia tapi kita sendiri tidak sedar bahawa dalam dunia realiti xsemuanya indah. Jadi, sepanjang tempoh perjalanan ini, kita diberi banyak masa dan pilihan oleh Sang Pencipta untuk menilai yang mana buruk dan terbaik untuk kita pilih di dalam hidup kita. Gunakan masa ini untuk menilai semua benda yang berlaku di dalam hidup kita supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat untuk memiliki hanya yang terbaik untuk diri dan kehidupan kita. Nampak senang sewaktu bercakap tetapi sedarkah kita bahawa kita ini kadang-kala hanya mengikut kehendak hati dalam memilih dan bukannya mengikut kemahuan akal yang menilai dengan celik? Hairan bukan tetapi ini lah kehidupan. Pahit,masam,manis dan kelat itu adalah definisi yang terbaik untuk mencerminkan kehidupan yang mengandungi pelbagai perkara yang tidak kita duga akan berlaku pada kita. Semoga kita diberi peluang yang cukup untuk memilih dan memiliki orang yang terbaik dalam hidup selagi waktu tidak berakhir apabila kita menutup mata dan menyedari bahawa semua itu telah terlambat...Amin
No comments:
Post a Comment