
Lama dah xtulis blog ni. Rasa janggal plak bila menulis. Selalu kita fikir dalam kehidupan kita sama ada orang yang kita sayang dan cinta akhirnya akan jadi milik kita atau tidak. Selalunya kita akan berharap jawapannya adalah ye tapi kadang-kadang semua tu xjadi kenyataan pun. Manusia ni terbatas untuk memilih kadang-kala apabila ianya melibatkan orang tua. Terlalu sukar untuk memilih sama ada menurut kehendak hati atau mengikut kata orang tua yang melahirkan kita.

Kalau diikutkan mereka, takut kita akan merana dan tidak bahagia tapi kalau diturutkan rasa hati, mungkin kita akan terjauh dari orang tua. Kehidupan sememangnya merumitkan dan adakalanya tidak adil pada kita. Semoga aku tidak jadi begitu dan semoga aku dapat memilih orang yang aku cintai bersama restu orang tua ku. Aku berdoa korang xkan mengalami keadaan yang memaksa korang semua memilih di antara hati dan orang tua korang kerana ianya menyakitkan.
No comments:
Post a Comment